JAMINAN wang kembali sekiranya anda TIDAK BERPUAS HATI dengan produk kami atas APA APA SEBAB sekalipun. Kami memahami bahawa anda perlu untuk melihat sendiri produk produk yang disenaraikan, apakah isi kandungannya menepati kehendak anda, oleh itu, kami dengan penuh pasti memberi keistimewaan ini.

Frequent Ask Question (FAQ)

1. Dimanakah lokasi kedai tuan?

- Pada masa kini, kami membuka sebuah kedai di Giant Prima Saujana, Kajang dan sebuah tapak promosi di Mydin MiTC Melaka. InsyaAllah dalam masa terdekat, kami juga akan berada di beberapa lokasi yang lain

2. Adakah humairabookstore.blogspot.com sama dengan humairabookstore.com?

- Ya. Kami menggunakan kedua dua website tersebut untuk menambahkan jualan beserta blog ini hanya memaparkan produk produk khusus sahaja.

3. Apakah buku berbahahasa Indonesia yang tuan jual boleh difahahami?

-InsyaAllah boleh. Bahasa Indonesia yang digunakan adalah bahasa baku (bukan pasar) dan mudah difahami.

4. Apakah tuan membuat penghantaran ke luar negara?

- Ya, kami turut membuat penghantaran ke luar negara melalui Pos Malaysia.

5. Berapa hari buku tersebut akan sampai kepada saya?

- Tergantung lokasi saudara. Proses penghantaran (dari pengesahan bayaran) mengambil masa 2-3 hari melibatkan pembungkusan dan penghantaran berkumpulan. Tempoh untuk sampai ke tangan saudara selepas penghantaran dari 3-7 hari bagi dalam negeri.

6.  Bolehkah saya membayar produk apabila saya menerima produk?

- Maaf, saudara perlu membayar keseluruhan harga produk beserta dengan kos penghantaran sebelum kami boleh memproses pesanan saudara.

7.  Apakah blog ini boleh dipercayai?

- Syarikat kami berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan memiliki sebuah kedai di dalam Giant Prima Saujana, Kajang. Pada bila bila masa, pembeli yang merasa ditipu oleh syarikat kami boleh membuat aduan kepada pihak berwajib kerana segala maklumat berkaitan syarikat kami, telah kami paparkan.

8. Sekiranya saya tidak berpuas hati dengan isi kandungan produk yang saya beli, bolehkah saya pulangkan semula dan bilakah akan saya terima refund seperti yang dijanjikan?

-Boleh, pihak pembeli hendaklah memulangkannya dalam keadaan baik (boleh dijual) dan refund akan diberikan pada awal setiap bulan berikutan penyelarasan akaun bulanan.